Thursday, October 16, 2008

SOALAN DAN NOTA MUZIK TAHUN 4

PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN 4


Untuk download CONTOH SOALAN DAN NOTA klik ICON di bawah:

Terima kasih..contoh soalan ini merupakan soalan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Muzik Tahun 4 2006...Bersama soalan ini cikgu lampirkan nota untuk rujukan anda semua. selamat membuat ulangkaji dan semoga semua murid-murid cikgu berjaya. :)

UNTUK NOTA TAMBAHAN DAN LAGU UNTUK LATIHAN REKODER..SILA KLIK ICON DI BAWAH:

* Nota tambahan ini merupakan nota untuk topik Skala Tangga C Major, G Major....dan contoh skor lagu untuk latihan rekoder..

SELAMAT MAJU JAYA

* CIKGU MEMOHON MAAF SEBAB TIDAK DAPAT MEMBUAT PRINT OUT..DIHARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA...
azuar2008

Sunday, October 12, 2008

SOALAN ULANGKAJI PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 4
SET SOALAN ULANGKAJI LENGKAP DENGAN JAWAPAN UNTUK TUJUAN ULANGKAJI MURID TAHUN 4 BESTARI DAN 4 IMPIAN.
ANDA BOLEH DOWNLAOD MELALUI LINK DI BAWAH:
Ikuti arahan:

1. klik pada link di atas
2. Anda akan diarahkan ke laman sendspace.
3. Klik pada ikon link download untuk download dokument Sivik thn 4.doc.
4. Arahan untuk save file.
5. save ke my document.
6. Anda boleh buka dokument dan print.
* jika anda menghadapi masalah sila minta bantuan ibu bapa dan keluarga
sekian terima kasih:


SEMOGA BERJAYA

Monday, September 8, 2008

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

1. Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

2. Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

3. Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

4. Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

5.Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

6.Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

7.Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

8. Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

9. Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

10. Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

11. Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

12. Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

13. Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

14. Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

15. Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

16. Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

17. Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

18. Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

SEKIAN TERIMA KASIH

Sunday, August 31, 2008

Panduan Ibadah Puasa

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA
Selamat berpuasa diucapkan..sempena bulan Ramadhan ini marilah sama-sam kita mempertingkatkan lagi amalan kita. Di sini saya ingin berkongsi bahan untuk anda semua:
1. Panduan Ibadah Puasa Ramadhan ( dlm bentuk pdf)
2. Panduan solat Terawikh ( dlm bentuk pdf )
jika anda ingin download secara percuma bolelah email saya:
Sekian terima Kasih

Tuesday, August 5, 2008

CD LAGU-LAGU PATRIOTIK (minus one)

CD KOMPILASI LAGU-LAGU PATRIOTIK (minus one)

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan..di seluruh pelusuk negara kita kini kedengaran lagu-lagu patriotik berkumandang.....!!!!!!!!

Adakah anda telah memiliki lagu-lagu patriotik untuk diperdengarkan dan digunakan untuk tujuan P&P...

Kami ada menyediakan CD kompilasi lagu-lagu patriotik untuk anda lengkap dengan minus one

CD INI MENGANDUNGI 25 LAGU PATRIOTIK BESERTA MINUS ONE:
Track 1 Berjaya
Track 2 Berjaya (minus One)
Track 3
Cemerlang Gemilang Terbilang
Track 4 Cemerlang Gemilang Terbilang (minus one)
Track 5 Jalur Gemilang
Track 6 Jalur Gemilang (minus one)
Track 7 Jaya Diri
Track 8
Jaya Diri (minus one)
Track 9 Keranamu Malaysia
Track 10
Keranamu Malaysia (minus one)
Track 11 Malaysia Tanah airku
Track 12 Malaysia Tanah airku (minus one)
Track 13 Muhibbah
Track 14 Muhibbah (minus one)
Track 15 Nyalakan Tekad
Track 16 Nyalakan Tekad (minus one)
Track 17 Tanggal 31
Track 18 Tanggal 31 (minus one)
Track 19 Setia
Track 20 Setia (minus one)
Track 21 untukmu Malaysia

Track 22 Untukmu Malaysia (minus one)
Track 23 Perajurit tanah air
Track 24 Perajurit tanah air ( minus One)

DAPATKANYA SEGERA..HARGANYA CUMA RM 3 SATU

Harga CD RM 3
Pos RM 1
Jumlahnya RM 4

PESANAN BOLEH DIBUAT DENGAN:

Pesanan kepada email :

gumboro75@yahoo.com

pesanan anda akan dihantar secepat mungkin:

http://murahsaje.blogspot.com

Wednesday, July 23, 2008

KAEDAH CEPAT MEMBACA DAN MENULIS

KAEDAH CEPAT MEMBACA DAN MENULIS

Perisian ini merupakan Bahan Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan boleh di download terus dari laman web rasmi KPM. Bagi usaha berkogsi bersama anda boleh download dari blog ini. anda boleh download daripada link di bawah.


perisian ini amat sesuai untuk bacaan awal anak-anak anda. ciri2 interaktifnya mampu membangun kognitif anak anda, yang pastinya ianya amat menyeronokkan. cuba dulu..Dapatkannya secara percuma.

LANGKAH UNTUK INSTALL

1.Download dari blog ini
2. Save ke dalam pc anda. mydokumen dgn nama foder kacemm.zip
3. Cari foder kacemm.zip
4. extract dan bentuk folder baru--namakan kacemm di dalam drive c: anda
5. daripada folder baru kacemm anda cari icon kacemm. authoware runtime.
6. Right klik pada icon tersebut -- send to desktop --- create shortcut.
7. Daripada desktop anda double klik icon kacemm tadi
8. Selamat mencuba Dah cuba tu jgn lupa bagi komen perisian ini.

JANGAN LUPA DAPATKAN BANYAK INFO TERBARU

Tuesday, June 24, 2008

MEMBINA SIRI SOALAN DAN JAWAPAN DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

MEMBINA SIRI SOALAN DAN JAWAPAN DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Salam sejahtera, kali ini kita akan sama-sama berkongsi teknik membuat sesi soalan dan jawapan secara interaktif hanya dengan menggunakan Microsoft Word..
Dapatkan nota dengan download daripada link di bawah:

Untuk mendapatkan link download sila hubungi saya melalui email:
gumboro75@yahoo.com


jika ada sebarang masalah tinggalkan komen dan email anda

sekian terima kasih: