Tuesday, May 27, 2008

MENYAMBUNG PC KE TV

MENYAMBUNG PC KE TV

Maklumat ini dikongsikan disebabkan kesian tengok guru prasekolah asyik dok buat bahan bantu mengajar..dok buat flash card, melukis gambar kat kertas manila..nak nampakkan tulisan yang besar tulislah kat kertas mahjung. Kertas mahjung ni kalau nak tahu telah digunakan sejak berzaman lagi. Tidak dinafikan didalam kelas prasekolah tunjukcara guru menulis di papan putih dan penggunaan bahan BBM yang bersifat maujud itu penting tetapi sebagai tambahan,penggunaan multimedia untuk pengajaran juga penting. Penggunaan persembahan multimedia menggunakan Ms powerpoint juga terbukti mampu merangsang pembelajaran murid dan memudahkan pengajaran guru.

Jangan ketinggalan didalam penggunaan peralatan P&P yang canggih. Sehingga kini kelas prasekolah tidak dibekalkan dengan multimedia projektor dan laptop. Jangan risau, anda boleh gunakan apa yang ada. Hendak seribu daya..anda boleh gunakan PC dan TV untuk menggantikan multimedia projektor canggih tu.. paparan PC anda boleh disambungkan ke TV 29 inci untuk lebih kejelasan. Anda bolehlah menggunakan MS powerpoint untuk pengajaran anda. Masukkan text dan garfik pelbagai warna…haaa menarik dan memang menarik.

Bersama ini saya kongsikan nota cara pemasangan grafik card pada PC untuk disambungkan ke TV anda.
SELAMAT MENCUBA

No comments: